Saya sayang sekolah saya selamanya ! ^^
Saturday, 29 November 2014
SPM is over !
Merdeka ! Akhirnya selesai sudah 5 tahun aku jadi budak sekolah . Tanggal 25/11/2014 secara rasminya aku bukan pelajar sekolah lagi . Orang kata kami dah freedom , tapi result SPM belum keluar lagi . Aku akan rindu semua pasal sekolah . Rindu nak lepak dalam bilik teacher Zam dengan teacher Z , rindu nak masuk bilik guru ambik aircond , rindu nak lepak kat bangsal dengan kawan-kawan , rindu nak pegi koperasi beli biskut banyak-banyak , rindu nak pegi kantin tengok crush , rindu nak pusing satu sekolah bila cikgu tak masuk kelas , rindu nak gurau-gurau dengan cikgu kesayangan , rindu nak masuk pejabat buat announcement , rindu nak handle perhimpunan setiap hari Ahad , rindu nak jadi pengerusi majlis , rindu nak handle program , rindu nak masuk kem banyak-banyak , rindu nak membusykan diri kat sekolah , rindu rindu rindu ! Rindu nak jadi pelajar sekolah balik . Banyak sangat kenangan tercipta kat sekolah . Banyak benda yang aku belajar selama 5 tahun kat sekolah . Banyak suka duka yang dah aku alami . Terlalu banyak pengalaman . Saat-saat menjadi pelajar sekolah adalah saat yang paling seronok dan paling indah . Terlalu rugi kepada yang mensia-siakan zaman sekolah mereka . Kalau boleh diputarkan kembali masa , nak sangat kembali ke tingkatan 1 . Sekolah tu tempat terbaik yang pernah aku jumpa . Selepas nie , keadaan dah lain . Dah meningkat dewasa dan mula menjejaki alam yang lebih matang dengan masalah yang pengalaman yang baru . Dunia di universiti mungkin . InshaaAllah , amin ! Siapa yang tak nak masuk universiti . Tapi sebelum tu , doakan saya result yang cemerlang . Apa gunanya 5 tahun memerah otak kalau result mengecewakan . Memang tak patut . Tapi sekolah tetap jugak aku jenguk tahun depan . Tak mungkin boleh berpisah dengan tempat yang dah membesarkan aku selama nie . Aku dan sekolah berpisah tiada , Semua kenangan aku abadikan dalam ingatan . Setiap gelak tawa akan diingat sentiasa , duka lara hanya sekadar penyempurna cerita . Jadi pelajar SMK Binjai adalah satu penghormatan dan kebanggaan . Berbangga dengan sekolah tu , dan selalu sayang sekolah tu sampai bila-bila . Aku jumpa diri aku kat sana . Terima kasih untuk semua kenangan ! :)






