Friday, 27 February 2015

DUIT

Assalamualaikum ..

Ada orang kata duit tak boleh bawa mati tapi orang akan mati tanpa duit . Duit memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit . Ok faham tak ? Maksud Pinieyy , dalam dunia nie semua perlukan duit kalau tak alamatnya meratapi nasib laa kita nie . Tapi jangan pulak sampai diri nie menjadi hamba kepada not kertas . ''Seperti Saidatina Khadijah ra yang merupakan isteri Rasulullah SAW dan juga seorang jutawan dan ahli perniagaan , beliau meletakkan hartanya hanya ditangan dan Allah SWT dihati'' . Walaupun beliau seorang yang berharta , tapi tidak pernah beliau mengagung-agungkan hartanya . Oleh sebab itu , jangan kita lalai dengan kemewahan dunia semata-mata sedangkan kemewahan amal yang perlu dicari untuk bekalan di akhirat kelak .

Tetapi ada segelintir antara kita yang terlalu mementingkan harta kekayaan sehingga lupa ada lagi yang Maha Kaya di atas sana . Duit mengaburi mata manusia dengan nilainya sehingga ada yang angkuh dengan kemewahan sementara . Adakala keuntungan yang kita dapat bukan semua milik kita , tetapi sebahagiannya hak orang lain . Apa maksud Pinieyy dengan hak orang lain ?

Duit yang kita dapat hasil titik peluh kita tak semuanya kita punya . Bahagikan sebahagiannya untuk membayar zakat contohnya . Ada insan diluar sana yang memerlukan , mereka tidak meminta tapi kita seharusnya tahu bahawa membantu mereka itu dapat meringankan beban di bahu . Jika kita kata ''Dah tau tak berduit kerja laa kuat sikit . Jangan harap duit orang jew.'' , tahukah kita seberapa banyak keringat mereka ? Kita bernasib baik kerana berkesempatan untuk belajar supaya mendapat kerja yang elok . Tetapi ada antara mereka tidak semuanya bernasib baik . Mereka diuji dengan kepayahan hidup dan diajar untuk bersyukur sementara kita diuji dengan kemewahan dan masih ada yang tidak tau erti kesyukuran .

Sedekah . ''Terdapat 3 amalan yang tidak terputus ganjaran pahalanya sehingga ke dalam kubur; doa anak yang soleh kepada ibu bapanya , ilmu yang diajar dan diamalkan sentiasa dan yang terakhir sedekah'' . Harta yang disedekahkan jika dimanfaatkan dengan elok , inshaaAllah pahalanya akan sentiasa mengalir . Tak miskin kita jika bersedekah malah Allah menjanjikan hadiah yang berganda . Jangan takut untuk bersedekah kerana takut harta kita berkurang , tetapi ianya makin bertambah tanpa sedar . Sama seperti ilmu , tak akan berkurang ilmu kita jika berkongsi dengan orang lain . Malah akan semakin bertambah ilmu pengetahuan yang sedia ada . Beringan-ringan laa untuk bersedekah .

Gunakan duit itu ke arah kebaikan . Jika kita seorang pelajar , jangan sia-siakan duit ibu bapa dengan membazir atau beli sesuatu yang tak patut . Jika kita seorang dewasa yang bekerja , jangan salahgunakan duit kamu untuk perkara yang tak elok . Jika kita seorang tua , manfaatkan duit itu untuk kebaikan hari tua mu . Tapi macam mana nak dapat duit ? Melalui DUIT , iaitu : (D)oa (U)saha (I)khlas (T)awakal . Doa tanpa usaha itu tak guna , usaha tanpa doa itu sia-sia . Bumi Allah luas dan rezeki ada dimana-mana . Selagi kita berusaha selagi itulah Allah bantu hambaNya . ''Tiada yang boleh mengubah nasib kita , melainkan kita sendiri'' .

Entry kali nie Pinieyy just nak share sesuatu yang boleh diambil pengajaran untuk kita semua sekaligus peringatan untuk Pinieyy juga . Banyak yang boleh kita kupas kalau cakap pasal duit tapi Pinieyy yakin ramai yang dah tahu . So , Pinieyy hanya kupas sikit isi daripada topik nie . Ingat , jangan sampai kita buta kerana duit sebab zaman sekarang ramai yang sanggup buat apa saja untuk duit . This time nampak macam formal sikit kan ? Kalau ada yang Pinieyy tersalah , harap maaf . Adios :)







Saturday, 14 February 2015

How's My Future

Assalamualaikum ..
Hello there readers ,

I've been thinking about future lately . How's my future ? How about your future ? How will our future gonna be ? Is it okay or it will turn into disaster ? Am I happy or not ? How do I look like when im grown up ? All the questions crossed my mind nearly everyday and everytime me sat alone doing nothing . Okay , so this time im talking about FUTURE ! 

No one know how's their future . Anything can happen . Dalam keadaan tak dapat dijangka tu , banyak persoalan yang selalu kita fikir . Contoh paling dekat dengan Piniey , as next month result SPM akan keluar dan Piniey sangat takut memikirkan macam mana result Piniey nanti . Elok ke tidak ? Dapat masuk universiti ke tidak atau akan masuk balik sekolah sambung form6 ? Kalau dapat sambung universiti , dapat ke sambung course yang Piniey minat ? Macam mana kalau dapat course yang tak sesuai ? Lepas tu kerja nanti macam mana ? Look , banyak sangat yang Piniey fikir tau tak . So kalau orang lain maybe thinking 'bout their soulmate or job or family or ..... Death . Who knows ..

Actually , kita yang akan menentukan masa depan kita nanti macam mana . Kalau nak hidup senang , dapat apa yang kita selalu impikan kita kena laa usaha . Kalau nak berjaya sehingga ke menara gading , kena laa belajar betul-betul . Kalau nak rumahtangga atau keluarga yang bahagia , cari laa jodoh yang betul *Jangan dapat jodoh orang pulak . Haha* . Tapi itu semua takdir dan kehendak pencipta . Tak semestinya kita dapat apa yang kita nak . Kadang-kadang dah usaha tara mana pon , kalau Allah tak mengizinkan , takkan jadi jugak . Sebab tu ''Kita merancang tapi sebaik-baik rancangan itu daripada Allah SWT'' . Sometimes , benda yang kita tak jangka dapat pon akan dapat . Nothing's impossible .

But , I know that everyone wants a bright future . Keep praying for it and never give up in life . If we think logically , dalam hidup nie kita sepatutnya guna prinsip ''Cuba selagi terdaya'' . Selagi kita tak dapat apa yang kita nak , selagi tu kita kena cuba . So it means , we're creating our own future . Semuanya ditangan kita macam mana kita nak create masa depan itu sendiri . Everything depends on you . 

Lastly , Piniey doakan korang semua memiliki masa depan yang cerah sepertimana Piniey harapkan untuk masa depan Piniey nanti *I wish I know how's my future*. Good luck in your life and like I'd said before , never say no before you know the answer cause it maybe yes . Bye !