Friday, 27 February 2015

DUIT

Assalamualaikum ..

Ada orang kata duit tak boleh bawa mati tapi orang akan mati tanpa duit . Duit memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit . Ok faham tak ? Maksud Pinieyy , dalam dunia nie semua perlukan duit kalau tak alamatnya meratapi nasib laa kita nie . Tapi jangan pulak sampai diri nie menjadi hamba kepada not kertas . ''Seperti Saidatina Khadijah ra yang merupakan isteri Rasulullah SAW dan juga seorang jutawan dan ahli perniagaan , beliau meletakkan hartanya hanya ditangan dan Allah SWT dihati'' . Walaupun beliau seorang yang berharta , tapi tidak pernah beliau mengagung-agungkan hartanya . Oleh sebab itu , jangan kita lalai dengan kemewahan dunia semata-mata sedangkan kemewahan amal yang perlu dicari untuk bekalan di akhirat kelak .

Tetapi ada segelintir antara kita yang terlalu mementingkan harta kekayaan sehingga lupa ada lagi yang Maha Kaya di atas sana . Duit mengaburi mata manusia dengan nilainya sehingga ada yang angkuh dengan kemewahan sementara . Adakala keuntungan yang kita dapat bukan semua milik kita , tetapi sebahagiannya hak orang lain . Apa maksud Pinieyy dengan hak orang lain ?

Duit yang kita dapat hasil titik peluh kita tak semuanya kita punya . Bahagikan sebahagiannya untuk membayar zakat contohnya . Ada insan diluar sana yang memerlukan , mereka tidak meminta tapi kita seharusnya tahu bahawa membantu mereka itu dapat meringankan beban di bahu . Jika kita kata ''Dah tau tak berduit kerja laa kuat sikit . Jangan harap duit orang jew.'' , tahukah kita seberapa banyak keringat mereka ? Kita bernasib baik kerana berkesempatan untuk belajar supaya mendapat kerja yang elok . Tetapi ada antara mereka tidak semuanya bernasib baik . Mereka diuji dengan kepayahan hidup dan diajar untuk bersyukur sementara kita diuji dengan kemewahan dan masih ada yang tidak tau erti kesyukuran .

Sedekah . ''Terdapat 3 amalan yang tidak terputus ganjaran pahalanya sehingga ke dalam kubur; doa anak yang soleh kepada ibu bapanya , ilmu yang diajar dan diamalkan sentiasa dan yang terakhir sedekah'' . Harta yang disedekahkan jika dimanfaatkan dengan elok , inshaaAllah pahalanya akan sentiasa mengalir . Tak miskin kita jika bersedekah malah Allah menjanjikan hadiah yang berganda . Jangan takut untuk bersedekah kerana takut harta kita berkurang , tetapi ianya makin bertambah tanpa sedar . Sama seperti ilmu , tak akan berkurang ilmu kita jika berkongsi dengan orang lain . Malah akan semakin bertambah ilmu pengetahuan yang sedia ada . Beringan-ringan laa untuk bersedekah .

Gunakan duit itu ke arah kebaikan . Jika kita seorang pelajar , jangan sia-siakan duit ibu bapa dengan membazir atau beli sesuatu yang tak patut . Jika kita seorang dewasa yang bekerja , jangan salahgunakan duit kamu untuk perkara yang tak elok . Jika kita seorang tua , manfaatkan duit itu untuk kebaikan hari tua mu . Tapi macam mana nak dapat duit ? Melalui DUIT , iaitu : (D)oa (U)saha (I)khlas (T)awakal . Doa tanpa usaha itu tak guna , usaha tanpa doa itu sia-sia . Bumi Allah luas dan rezeki ada dimana-mana . Selagi kita berusaha selagi itulah Allah bantu hambaNya . ''Tiada yang boleh mengubah nasib kita , melainkan kita sendiri'' .

Entry kali nie Pinieyy just nak share sesuatu yang boleh diambil pengajaran untuk kita semua sekaligus peringatan untuk Pinieyy juga . Banyak yang boleh kita kupas kalau cakap pasal duit tapi Pinieyy yakin ramai yang dah tahu . So , Pinieyy hanya kupas sikit isi daripada topik nie . Ingat , jangan sampai kita buta kerana duit sebab zaman sekarang ramai yang sanggup buat apa saja untuk duit . This time nampak macam formal sikit kan ? Kalau ada yang Pinieyy tersalah , harap maaf . Adios :)







No comments:

Post a Comment