It has been ages I didnt post new entry . So today , im gonna share something . Lepas result SPM keluar , semua dah pasang angan-angan nak masuk universiti ini universiti itu kolej ini kolej itu .Ada yang nak sambung bahagian kemahiran , ada jugak segelintir dah nak stop belajar *Ehh , yang tu tak bagus* . Ada peribahasa yang kata "Tuntutlah ilmu hingga ke negara China" dan menuntut ilmu juga adalah salah satu cara untuk berjihad . Ilmu yang ada tidak akan pernah cukup dan selagi kita hidup selagi itu laa kita kena belajar . Okay , kembali ke jalan cerita tadi . Pinieyy selalu imagine dan selalu harapkan yang Pinieyy akan sambung studies di universiti impian dengan course yang paling Pinieyy minat tapi kita hanya merancang dan Allah yang menentukan . Siapa sangka sekarang Pinieyy ialah salah seorang pelajar pra-universiti di sekolah kluster SMK Chukai (TepCES) . Pinieyy tak pernah bayang akan masuk sekolah balik dan berada di tingkatan 6 *Serious uolls , takde niat langsung nak masuk sekolah lagi* . Tapi Pinieyy tau sebaik-baik perancangan adalah daripada Dia . Mana tau mungkin Pinieyy tak ready lagi nak masuk alam universiti macam rakan-rakan yang lain atau jalan nie adalah jalan terbaik untuk Pinieyy capai cita-cita . Im a lawyer-to-be , inshaaAllah someday .
Masuk form6 nie bukannya tak bagus tapi teramatlah bagus . Pelajar tingkatan 6 bukan calang-calang orang . Ingat senang ke nak struggle untuk STPM ?! Lepas dah berperang bagai nak rak untuk SPM dulu sekarang nak kena angkat senjata lagi untuk antara peperiksaan paling susah di dunia . But that's not the reason for me to give up . It motivates me to work harder and I learned to be more independent . Form6 nie kitorang dah macam budak U dah pon *Betul tak tipu langsung!* . Kitorang kena cari nota sendiri , belajar dengan slide , berapa banyak presentation kena prepare . Plus , kitorang hanya ada setahun setengah , then satu sem tu ada berapa bulan jew nak study untuk exam . Im still new to this and im afraid if I cant face this . Pinieyy ambil nie sebagai cabaran dalam hidup . Klau gagal , Pinieyy anggap nie laa cara untuk Pinieyy berjaya . Kegagalan adalah guru sebenar dalam kehidupan . Kalau dah jatuh , kita kena bangun balik . Tak kira laa berapa kali jatuh kita tetap kena usaha untuk berdiri tegak balik .
Throwback ! Meet the Greenlandics . Thanks for visiting our school .
Ada yang kenal dari sekolah rendah , sekolah menengah sampai sekarang . Kuat jodoh kitorang HAHA .
Bila ada di form6 nie , yakin laa yang kita akan jumpa balik kawan-kawan sekolah dulu . Dari sekolah rendah yang dah lama tak jumpa pon ada . Form6 nie pelajar dia tak berapa nak ramai , so kitorang dah macam satu family . Cikgu-cikgu pon tak layan kitorang macam pelajar menengah bawah *Nampak macam syok kan ? Memang pon . Haha* . Walaupon kitorang belajar kat sekolah tapi jangan ingat we alls nie macam pelajar sekolah biasa tau . HAHA . The most scariest part is , I need to handle new subjects . Takut tu ada tapi dah nama pon pelajar , so dah memang tugas untuk belajar . Im sure I'll get used to all this .
So , akhir daripada Pinieyy , doakan kejayaan kami dunia akhirat . Dulu rasa form6 nie jalan terakhir tapi percayalah sekali dah masuk tak akan menyesal . Form6 pon antara jalan ke universiti yang terbaik dan sijil kami laku hingga ke luar negara . Buang mentaliti orang dulu-dulu yang kata masuk tingkatan 6 nie budak-budak tak bijak . Kalau tak bijak , kitorang tak mampu nak hadap STPM nanti . Adios !









No comments:
Post a Comment