Saturday, 24 January 2015

Macaroni & Cheese

Olla amigos ! Tengah-tengah bosan , Piniey singgah kejap blog . Disebabkan Piniey tengah takde idea nak fikir topik yang menarik untuk entry baru , so Piniey share jew laa apa yang Piniey buat siang tadi . Selalunya masa hujung minggu bila semua orang ada kat rumah menikmati hari-hari indah tanpa bekerja , Piniey macam biasa akan jadi ''Chef Sehari'' . Haaaa , lagi-lagi bila ada banyak bahan dan Piniey selalunya masak lebih kepada western . Piniey suka masak western or buat desserts . Kalau masakan-masakan melayu nie bukan tak buat , cuma selalunya bahagian tu mak tercinta yang masak . Bukan mengada-ngada tapi kalau masak untuk makan hari-hari rasa bosan . Sebab tu jadi ''Chef Sehari'' . HAHA . Lagipun dalam family Piniey nie , Piniey sorang jew yang perut mat saleh sikit . Yang lain semua perut melayu asli . Just now , cubaan pertama Piniey dalam membuat Macaroni & Cheese tapi versi mudah . Yelaa , senang masak nak makan pun senang *Malas sebenarnya , hehe*


Nampak sedap tak Piniey masak ? Hehe ^^

Resepi tersangat teramat terlalu laa senang yang amat . Haha , nampak tak macam berlagak kat situ . Tapi serious cakap , semudah 123 bab kata Prego . Almaklum laa , memang guna produk tu pon dalam menu nie . 
Makaroni *Piniey guna yang elbow*
Sos Prego keju & herba
Bawang putih & bawang merah
Minyak zaitun *Minyak lain pun boleh ajew*
Crab stick
Button mushroom
Keju keping kraft single tu *Nak cari keju yang nak kena parut-parut memang tak rajin*
Lada hitam *Nak bagi rasa pedas sikit sebab cheese masin*
Susu cair 
Air

  1. Makaroni tu korang rebus dulu , letak sikit garam dan minyak untuk bagi rasa dan makaroni tak melekat kat periuk .
  2. Then , untuk sos tumis dulu bawang putih dan bawang merah yang dah dicincang . Lepas tu , masukkan sos Prego keju & herba .
  3. Seterusnya , masukkan button mushroom , crab stick , keju kraft single *Any kind of cheese pon korang boleh guna* . Keju tu untuk bagi rasa lemak sikit .
  4. Kacau bahan tadi . After that , masukkan lada hitam sikit . Susu cair dalam 1/3 tin dan air . Takde laa pekat sangat sos tu nanti .
  5. Dan siap ! Gaulkan sos dengan makaroni hingga rata . Siap untuk dinikmati .
Piniey campak-campak jew bahan-bahan tu semua . Nak sukat-sukat bagai tu payah laa . Tapi alhamdulillah menjadi , takde yang keracunan lagi setakat nie lepas makan . Tapi tak boleh laa nak makan selalu , alamat jadi ternak lemak laa maknanya . Nie jew kowt untuk entry kali nie , takde apa nak kongsi banyak pun . Nak hilangkan bosan jew , Baibai uolls :)


Friday, 16 January 2015

Holiday !

Assalamualaikum readers ..

Piniey is back ! Lama Piniey tak jenguk blog nie sebab sibuk shopping , selfie , berjalan , window shopping dan banyak lagi laa . Last post Piniey ada kata yang Piniey ber'holiday' dengan buddyz Piniey . Kitorang spent times together jauh dari family sekejap *Bukan senang nak lepas tau* . Macam-macam kejadian kat KL yang kitorang alami dengan layan tourist yang ada kat sana . Tersangat laa ramai tourist yang kitorang jumpa .  Selain daripada shopping sampai sakit kaki Piniey nie campur dengan duit yang melayang tu , Piniey appreciate sangat masa-masa dengan diorang sebab lepas nie Piniey tak tau samada kitorang boleh spend time lagi tak sama-sama . After this , masing-masing sibuk balik . Ada yang nak cari keje , ada yang nak sambung bekerja ada yang jugak yang nak buat lesen *Saya laa tu , selama nie bawa secara haram jew . Hehe* . Im gonna miss them so much . Hopes this friendship will be last till jannah . Love you guys :*

Yang nie pic second day kat KL . First day kitorang rehat kat bilik jew . Kitorang ke KWC (Kenanga Wholesale City) dan bayangkan bangunan yang bertingkat tu habis kitorang jajah . Sampai lenguh kaki I uolls tau tak . Haha

 Third day . Maaf laa tapi kitorang memang kaki selfie , setiap tempat nak ambik gambar . Btw thanks kepada phone Oppp r1 dengan kualiti camera yang sangat cantik . Flawless muka Piniey tanpa kena edit apa-apa pon ^^

Habis shopping , sebelum balik bilik lepak kat kolam dulu ambik udara segar kat tingkat atas hotel yang tak berbumbung . Pemandangan yang sangat cantik tengok KL from bird's eye view .

Nie saya nak tunjuk baju baru . Beli first day , second day dah pakai dah . Nak promote jegging BCUZ yang saya beli dari Go Shop . Sangat selesa dan dia legging + jeans = jegging . Im wearing vintage jeans .

Hari keempat nie . Satu bangunan Times Square kitorang round , saya bukan kaki shopping tapi bila dah ikut orang mustahil duit tak melayang . Haha xD

Last day sudah , sedih sangat . Bukan sedih sebab tak boleh pegi sana dah . Setiap bulan pegi , cuma bila lagi nak spend time dengan kesayangan-kesayangan saya nie .




Saturday, 10 January 2015

People Nowadays

Assalamualaikum and hello peeps !

Tengahari yang bosan macam nie sambil layan drama yang langsung Piniey tak tahu hujung pangkal dia , Piniey ingat nak post new entry . Daripada takde arah kat rumah nie baik laa Piniey perah otak sikit keluarkan idea . Lagipun starting esok seminggu Piniey tak sentuh laptop as im going to spend a week at KL . Bercuti dengan my bestfriends sempena cuti kitorang yang ntah berapa bulan lepas SPM nie . So macam tajuk yang korang baca kat atas tu , Piniey nak story mory pasal 'People Nowadays' . 

Kalau nak cakap pasal manusia zaman sekarang nie lagi-lagi di abad ke-21 , memang tak habis sampai ke tahun depan sebab banyak sangat yang boleh diceritakan . Tapi Piniey ambik beberapa topik kecik . Firstly, 'judgemental person' . Kalau tengok dekat mana-mana sekalipun , ramai sangat dah spesies manusia yang hobi diorang suka judge orang sesuka hati . Orang macam tu jahat , orang macam nie hipokrit , orang macam tu fake , orang macam nun suka publisiti murahan dan macam-macam lagi laa . Lagi-lagi kat social sites , memang banyak sangat yang suka judge orang tanpa tahu pangkal cerita . Please laa , dont judge a person from their outer . Kalau tak , takkan laa ada pepatah ''Dont judge a book by its cover'' . Setiap manusia ada fitrah yang tersendiri . Mungkin perangai diorang memang macam tu tapi niat diorang baik . Macam mana dengan orang yang nampak baik tapi hati nauzubillah ? Kena ingat yang kita mungkin tahu nama dia atau siapa dia tapi kita tak pernah tahu kehidupan dia . Stop judging melainkan perkara tu memang sahih boleh di judge . Susah laa kalau manusia dah ambik alih kerja Allah , sebab manusia semua ada buat silap tiada yang sempurna .

Next , talam dua muka . Korang kenal tak talam tu macam mana ? Mesti semua tahu kan . Tapi kita ambik yang lebih senang maksud tersirat dia , macam duit syiling . Hamba Allah yang macam duit syiling nie pun banyak jugak kat dunia nie . Depan cakap lain , belakang cakap lain . Depan pijak semut tak mati , belakang gajah pun dah jadi bangkai . Mohon pupus spesies macam nie . Daripada jenis yang macam duit syiling nie laa munculnya kaum-kaum yang jenis tikam belakang . Lebih kurang sama jew perangai diorang . Dua-dua menyakitkan hati . Banyak berlaku dalam hubungan persahabatan zaman sekarang nie , so that's why kita kalau nak berkawan kena laa pilih kawan yang elok perangainya . Selidik dulu sebelum buat kawan dengan orang macam nie . Tapi semua orang boleh berubah , jadi kalau ada kawan yang jenis macam nie doakan diorang supaya mendapat hidayah untuk berhenti daripada jadi duit syiling dalam kehidupan *Clapping my hands like a boss . HAHA*

Untuk yang last nie , Piniey pun mungkin salah satu daripadanya jugak . Korang tahu kan yang zaman sekarang nie ada banyak media sosial . Apa kaitan media sosial dengan people nowadays ? Memang ada banyak sangat kaitan . Ada yang jenis langsung tak keluar rumah sebab sibuk mengumpul populariti di media sosial , ada jugak yang jenis keyboard warrior dan ada yang banyak bercakap daripada bertindak dan macam-macam lagi *Tapi inshaaAllah Piniey tak tergolong dalam 3 perkara tadi tu* . Bergaduh dalam Twitter or Facebook tu lumrah laa . Semua benda nak bergaduh even benda kecik pun nak jadi besar . Masing-masing dah besar , kena laa pandai dalam nak bezakan benda penting dengan tak . Contohnya , typo pun boleh jadi topik nak gaduh . *Sampai trending kau* . Ada jugak yang bercakap bukan main gempak macam gunung berapi nak meletus , tapi hampeh . Suruh orang jangan itu jangan ini , tapi dia buat jugak . Kata suruh tolong itu tolong ini , dia pun dua kali lima takde perikemanusiaan . Tapi bukan semuanya macam tu , hanya segelintir . Bagi yang bertapa dalam rumah duduk depan laptop dengan tangan kat phone buka berapa banyak tabs dengan semuanya social sites campur dengan whatsapp wechat apa benda semua bagai kat phone pon perangai orang zaman sekarang nie *Yang nie rasanya Piniey termasuk dalam list* . Tapi takde masalah selagi tak menyusahkan sesiapa rasanya .


In brief , perangai orang tu bermacam . Ada banyak lagi Piniey nak tulis tapi yang nie pon dah cukup nak describe orang sekarang . If you go out to face the reality , you'll know the truth of life . Bukan Piniey niat nak mengutuk , just nak share something yang maybe orang dah tahu tapi kita tak perasan yang perubahan perlu dilakukan . Kita tak akan boleh nak ubah dunia kalau kita tak ubah diri sendiri . Setakat nie jew laa kowt , dah macam karangann SPM dah Piniey rasa . Kalau ada salah , mohon perbetulkan . Adios amigos ! ^^

 



Wednesday, 7 January 2015

How to handle STRESS

Assalamualaikum . Hello there ladies and gentlemen !

Pagi-pagi lagi Piniey dah on laptop , online mana-mana favourite social sites yang selalu Piniey on sambil layan feeling yang stress + sedih nie . Sebab apa sedih pulak nie ? Yang itu x masuk book , jadi biarkan rahsia . Biasa laa hidup sebagai manusia macam-macam masalah lagi-lagi hal perasaan nie . Out of the blue , Piniey dapat ilham nak buat new post . This time nak cakap pasal ..... STRESS! Normal bagi seorang manusia untuk stress sekurang-kurangnya sekali seumur hidup *Ok menipu , aku stress banyak kali kowt* . Stress nie datang tanpa di undang seperti jerawat di muka yang tumpang berumah tanpa di jemput . Kita mungkin stress pasal exam , studies , friends , family , tempat kerja dan yang paling pemesh laa stress sebab putus cinta *Yang nie biasa bagi anak-anak muda remaja yang masih lagi belajar mengenal dunia . Cewahh!* . Stress atau tekanan perasaan nie mengundang sebenarnya , mengundang apa ? Mengundang ke arah sakit mental sekiranya tak diselesaikan dengan bijak . Percaya cakap Piniey , stress boleh buat orang masuk tanjung rambutan tau . Stress pon boleh menyebabkan kemurungan .

Mungkin saya macam kartun nie kalau stress . Buruk bebenor nengoknye -_-

So , Piniey nak share sikit laa tips untuk mengatasi stress atau tekanan nie . Maybe uolls dah ramai tau tentang nie tapi tak salah kalau Piniey menambahkan lagi info yang ada ^^ . Banyak cara yang boleh dipraktikkan sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan . Bukan tertekan keypad ke button ke phone screen ke , tapi nak cite pasal tekanan nie *Buat lawak nie , gelak laa. HAHAHA! ok done*
  •  First of all , part yang paling penting adalah dengan positifkan diri anda terlebih dahulu - Ada yang kata ''Dah positif laa nie'' or ''Takde harapan nak positif dah'' . Ok , yang second dialog tu dah sah-sah berfikiran negatif . Nak jadi positif senang jew , lahirkan keyakinan diri dan bersikap 'open-minded' . Confident level kepada setiap orang adalah berbeza , so kita kena pastikan level kita sentiasa berada di atas *Tapi jangan sampai jadi lain pulak* . Bila dah ada keyakinan baru laa kita ada semangat untuk mengubah emosi dan diri . Tiada yang boleh merubah diri kita selain diri kita sendiri .
  •  Then , kawal emosi anda - Pernah jadi kepada Piniey sendiri kalau stress mula laa mood jadi tak stabil . Kadang-kadang nak marah , menangis , murung , tak bercakap dan ada juga rasa diri nie tak guna *Yang last tu jarang berlaku* . Emosi kita dikawal oleh otak , jadi selalu laa berinteraksi dengan otak korang . Macam mana pulak tu ? Hantar message kepada otak untuk bertenang . Ini akan membantu kita berfikir dan mengawal tindakan kita .
  •  Next , pemakanan yang seimbang juga dapat membantu atasi stress - Piniey pernah ada experienced hadapi kawan yang stress dan tau apa dia buat ? Dia makan banyak-banyak especially cokelat . Macam-macam dia makan , teruk betul kalau tengok . Itu langsung tak elok lagi-lagi bagi kaum hawa . Stress jew makan , nanti bila gemuk stress lagi . Bertambah pulak stress . Stress laa Piniey tengok perempuan nie . So , ambil makanan seimbang seperti dalam piramid makanan . Selain dapat atasi stress , dapat juga jaga badan untuk dapatkan bentuk badan ideal *Haaaaa , gaya macam pakar pemakanan pulak dah* .
  •  Seterusnya , luangkan masa anda untuk perkara berfaedah - Cipta satu hobi atau paling senang luangkan masa anda dengan family and friends . Bila kita bersama mereka jangan pulak menambahkan stress yang ada tapi create satu situasi yang happy . Anda akan mula tersenyum atau ketawa . Ketawa juga salah satu cara untuk mengatasi stress . Korang akan lupa sekejap masalah dan stress yang menyelubungi diri .
  •  Kira yang last laa Piniey nak bagi , terutama kepada umat Islam jangan tinggal solat - Selain daripada wajib dan mendapat ganjaran pahala , stress pon boleh hilang . Nampak tak , all in 1 . Luahkan kesedihan atau masalah yang melanda kepada sang pencipta yang Maha Esa , Allah SWT . Ini adalah antara tips yang paling mujarab . Malah , kalau nak menangis masa ini pon takpe . Semua itu lumrah hidup sebagai manusia dan hamba-Nya . Kadang-kadang kita stress sebab kita diuji dan setiap ujian itu adalah bukti Allah masih sayang .
 So korang , banyak juga kan yang Piniey dah share . Mana yang dah tahu tu bagus laa , dan kepada yang baru tahu selamat mencuba . Stress selalu nie tak elok sebenarnya , menggugat kehidupan . Setiap perkara kita kena hadapi dengan tenang dan bijak . Jangan pula ada yang bunuh diri sebab stress nie , tak bau syurga dude! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya , contohnya sebagai pengajaran kepada diri yang terlalu sibuk dengan duniawi . Stress adalah tanda yang korang perlukan rehat . Kalau ada salah silap , Piniey minta maaf dan mohon betulkan ya ? Im just a human and I make mistake . Baibai korang :)


Sunday, 4 January 2015

Media Sosial tu apa ?

Olla readers ! *grinning*

Media sosial tu macam mana ? Menipu sangat kalau ada yang kata tak tau . Lambakan media sosial yang semakin banyak kat negara nie buat Piniey berminat untuk jadikan point post Piniey this time . Kita ada Twitter , Facebook , Instagram , Tumblr , Youtube dan banyak lagi laa . Blog nie pun salah satu media sosial sebenarnya . Media sosial yang ada nie ada baik ada buruk dia , that's why kita kena pandai dalam menggunakan media-media sosial yang ada nie supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri dan orang lain . Kenapa Piniey cakap pasal mudarat ? Some of us yang guna media sosial ada yang menyebarkan info-info palsu , mengutuk orang , menjatuhkan maruah orang lain dan ada juga yang guna untuk menipu . Selalunya yang menipu nie dituju kepada yang jual barang online laa *kalau menipu pasal benda lain pun termasuk juga , sendiri tipu dosa pun sendiri tanggung . Hihi* . Ada juga yang kata media sosial nie membawa pengaruh buruk . Sebab apa ? Ada segelintir antara yang terlalu addictive sampai pelajaran terabai , makan minum tak terjaga sebab sibuk dengan media sosial . Everyone must know how to manage their own social media , jangan sampai menggelapkan masa depan anda *Pesanan penaja kejap ^^* . They were invented for reasons .

  
Tadi cakap pasal mudarat , vice versa nya adalah kebaikan . Media sosial nie semua pun ada kebaikannya juga . For my own opinion , media sosial nie semua membawa keuntungan kepada semua pengguna . Ada yang guna untuk menambah pendapatan . Macam mana tu ? Haaaa , macam nie .. Kepada yang selalu beli online tu mesti tau . Banyak barangan yang dijual secara online zaman sekarang nie . Orang kata , zaman dah berubah dunia dah maju . Facebook and instagram users even bloggers banyak menggunakan sites diorang untuk ber'bussiness' . Sangat mashukkk ! Besides , social sites nie semua juga sekaligus dapat mendekatkan yang jauh merapatkan yang renggang . Malah , boleh dapat kawan baru lagi . Senang cerita benda alah nie were used worldwide . Maklumat or info-info terkini juga boleh disebar dan dikongsikan di laman-laman nie semua . Sebab tu laa , users nie semua tak pernah ketinggalan cerita-cerita baru *Macam gosip artis pun cepat jew korang tau kan . Haha* .


Social sites nie semua juga mencipta trend terbaru . Pernah dengar pasal batak ? Haha , Piniey bukan nak cakap pasal batak . Tapi Piniey nak story pasal likers and followers . Bagi yang ada Facebook tu sah-sah korang tau pasal 'hotstuff' . Ayat senang , orang yang popular kat Facebook yang ada beribu-riban likes . Sama macam Twitter yang selalu orang tengok adalah followers . Instagram pon tak kurang juga , even apps nie dah menyebabkan 'selfie' berada di seluruh ceruk dunia . Dah macam-macam laa trend yang ada kat dunia nie sekarang , senang juga tersebarkan disebabkan virus media sosial . Tapi apa yang paling bagus pasal media sosial nie semua ? Kebanyakan pengguna boleh gunakan untuk berdakwah , memberi nasihat serta pengajaran kepada semua orang . Alhamdulillah .

For me , social media yang ada sekarang nie sangat interesting dan sangat membahagiakan . Im so glad they're exists . Macam-macam ragam manusia kita boleh tengok dengan adanya social sites macam nie . Lagi-lagi bila handphone masing-masing pun dah makin canggih , lagi banyak gaya orang kita boleh nampak . So , guna laa apa yang ada sebaik mungkin dan dengan bijak ! That's all from me . Baibai uolls :*

Friday, 2 January 2015

Welcome 2015 , Goodbye 2014 !



Welcome 2015 ! Tahun 2014 penuh dengan cabaran dan dugaan yang menimpa Malaysia . Macam-macam peristiwa hitam yang melanda kita semua . Ujian demi ujian harus ditempuhi dengan tabah . Semoga kita semua tabah dalam menempuh detik-detik kehidupan kehidupan . Aku juga berjaya hadapi masalah dengan tenang . Allah tak akan uji hamba-Nya melebihi kemampuan , dan kita kena ingat yang setiap pintu dicipta dengan kunci . Begitu juga masalah diberi sekali dengan jalan penyelesaian . Jika tahun lepas memberi seribu kenangan pahit manis , tahun nie akan membawa sejuta kejayaan . Harapan semoga 2015 adalah ganjaran selepas setiap rintangan . InshaaAllah , Aminn ! Banyak perkara yang ingin aku berterima kasih terutama kepadan insan-insan yang hadir dalam hidup aku . Mereka semua pendorong aku kuatkan semangat dalam hidup . Firstly , my one and only family that I love the most . Without them , I'll never be here . Terima kasih mak dan ayah sebab selalu ada untuk Fini . Diorang dah banyak berkorban untuk kami semua . Setiap masalah dihadapi dengan tenang . Terima kasih juga kepada adik-adik , walaupun diorang nie kadang-kadang aku rasa nak campak kat gaung jew tapi aku tahu aku perlukan diorang . Keluarga aku adalah tulang belakang aku . Tanpa diorang aku tak kuat . Love them damn much !

 Meet my beloved family :)


Secondly , thanks to all my friends yang banyak tolong aku dalam pelajaran . Kitorang dah macam keluarga besar , always need each other . Aku rindukan gurau diorang , gelak diorang , sakat-menyakat diorang , gaduh diorang , senang cerita aku rindukan diorang sesangat ! Diorang ceriakan hari-hari aku kat sekolah . Walaupun diorang nie kadang-kadang buat aku migrain tapi diorang laa kawan terbaik aku . Selain daripada diorang jadi kawan aku , diorang juga laa guru-guru muda aku . Aku bukannya pandai sangat pon kat sekolah tapi diorang saling melengkapkan kekurangan aku . Some of them are my best addmath and mathematics teachers as aku memang low betul bab-bab kira mengira nie . Some of them helps me a lot in English that I always need to make an improvement each time dan ramai lagi yang bantu aku dalam kelas . Diorang dah macam adik beradik aku . Rindu nak dengar diorang panggil aku poyo , rindu nak lepak sama-sama dalam kelas sembang-sembang kosong , rindu nak buat study group , rindu nak kena sakat especially teruna-teruna dalam kelas aku hobi diorang memang menyakat orang , rindu nak spend time dengan diorang . Dalam banyak-banyak tahun dari form1 sampai form5 , tahun 2014 aku dapat kelas yang palig sporting dan paling bahagia . Kalau gaduh sikit-sikit tu biasa laa . Korang jugak laa yang buat aku rindu nak jadi budak sekolah balik . Thanks korang sebab jadi classmates terbaik aku pernah ada . Banyak kenangan manis dengan korang semua . Love Farabians so much ! 
5 AlFarabi 2014 . I'll never forget you guys

Then , thanks to my buddys ! You guys are the best friends that I ever had . Susah senang sama-sama , gelak menangis sama-sama , gila-gila pon sama-sama . Terima kasih sebab selalu layan loyar buruk aku dan sentiasa memahami aku setiap masa . Kita dah janji nak berjaya sama-sama , nak ke menara gading sama-sama dan kita akan jadi kawan dunia dan akhirat . InshaaAllah . Tanpa korang sunyi laa setiap hari-hari yang mendatang . Orang kata hidup tanpa kawan susah , sebab tu kena pandai pilih kawan . Jangan pilih kawan yang merosakkan masa depan . Terima kasih sebab selalu dengar masalah aku walaupun korang tak boleh nak selesaikan . Sekurang-kurangnya lega sikit hati aku . Terima kasih sebab tak pernah letih layan perangai aku . Korang memang terbaik ! Aku sayang korang sangat-sangat . Korang menerangi separuh hidup aku . Korang laa penawar , korang laa racun . Thanks for always be with me selama 5 tahun aku kat sekolah , kita buddyz tak pernah berpisah . Aku hargai sangat persahabatan yang dah lama terjalin nie . Love you guys much much !






Dua orang yang selalu jadi pengacau dan kebahagiaan aku . Sayang korang ketat-ketat :* From left : Beb , Syue and me myself .






From right : Khasmanur , Sakinah , me and Adlin . Korang dah sumbang banyak jasa kat aku , aku
tak dapat nak balas balik dengan harta benda tapi aku akan balas dengan doa yang terbaik untuk kawan-kawan aku :*







Lastly , thank you so much to him . Dia laa abang , kawan , kesayangan dan kebahagiaan aku . Kadang-kadang buat aku menangis , sakit hati , benci tapi dia juga penyebab senyuman , gelak dan gembira aku . Walaupun banyak kali kecewakan aku , tapi tak pernah terdetik untuk lupakan dia . Tak pernah boleh pon sebenarnya . You've promised me that you wont forget or leave me , so I hope you'll keep your promise . Selama berapa tahun kenal dia , dia selalu layan mengarut aku , layan aku macam budak kecik walaupun aku dah besar , menyakitkan hati tapi aku tetap perlukan dia . Tak pernah aku rapat dengan sesiapa selain daripada dia . He's the first . Thank you for being a part of me . :')
 You're always in my mind ;)

That's all from me . Setiap orang adalah setiap satu titik kebahagiaan dalam hidup aku . Aku bersyukur sebab diorang hadir tanpa pergi . To those who's leaving , sila pergi tanpa kembali . I dont need people who never appreciate me at all . Setiap kenangan akan aku semat dalam sanubari . Baibai :D

 This is me , Nor Afini Shohimi ^^