Saturday, 24 January 2015

Macaroni & Cheese

Olla amigos ! Tengah-tengah bosan , Piniey singgah kejap blog . Disebabkan Piniey tengah takde idea nak fikir topik yang menarik untuk entry baru , so Piniey share jew laa apa yang Piniey buat siang tadi . Selalunya masa hujung minggu bila semua orang ada kat rumah menikmati hari-hari indah tanpa bekerja , Piniey macam biasa akan jadi ''Chef Sehari'' . Haaaa , lagi-lagi bila ada banyak bahan dan Piniey selalunya masak lebih kepada western . Piniey suka masak western or buat desserts . Kalau masakan-masakan melayu nie bukan tak buat , cuma selalunya bahagian tu mak tercinta yang masak . Bukan mengada-ngada tapi kalau masak untuk makan hari-hari rasa bosan . Sebab tu jadi ''Chef Sehari'' . HAHA . Lagipun dalam family Piniey nie , Piniey sorang jew yang perut mat saleh sikit . Yang lain semua perut melayu asli . Just now , cubaan pertama Piniey dalam membuat Macaroni & Cheese tapi versi mudah . Yelaa , senang masak nak makan pun senang *Malas sebenarnya , hehe*


Nampak sedap tak Piniey masak ? Hehe ^^

Resepi tersangat teramat terlalu laa senang yang amat . Haha , nampak tak macam berlagak kat situ . Tapi serious cakap , semudah 123 bab kata Prego . Almaklum laa , memang guna produk tu pon dalam menu nie . 
Makaroni *Piniey guna yang elbow*
Sos Prego keju & herba
Bawang putih & bawang merah
Minyak zaitun *Minyak lain pun boleh ajew*
Crab stick
Button mushroom
Keju keping kraft single tu *Nak cari keju yang nak kena parut-parut memang tak rajin*
Lada hitam *Nak bagi rasa pedas sikit sebab cheese masin*
Susu cair 
Air

  1. Makaroni tu korang rebus dulu , letak sikit garam dan minyak untuk bagi rasa dan makaroni tak melekat kat periuk .
  2. Then , untuk sos tumis dulu bawang putih dan bawang merah yang dah dicincang . Lepas tu , masukkan sos Prego keju & herba .
  3. Seterusnya , masukkan button mushroom , crab stick , keju kraft single *Any kind of cheese pon korang boleh guna* . Keju tu untuk bagi rasa lemak sikit .
  4. Kacau bahan tadi . After that , masukkan lada hitam sikit . Susu cair dalam 1/3 tin dan air . Takde laa pekat sangat sos tu nanti .
  5. Dan siap ! Gaulkan sos dengan makaroni hingga rata . Siap untuk dinikmati .
Piniey campak-campak jew bahan-bahan tu semua . Nak sukat-sukat bagai tu payah laa . Tapi alhamdulillah menjadi , takde yang keracunan lagi setakat nie lepas makan . Tapi tak boleh laa nak makan selalu , alamat jadi ternak lemak laa maknanya . Nie jew kowt untuk entry kali nie , takde apa nak kongsi banyak pun . Nak hilangkan bosan jew , Baibai uolls :)


No comments:

Post a Comment