Saturday, 10 January 2015

People Nowadays

Assalamualaikum and hello peeps !

Tengahari yang bosan macam nie sambil layan drama yang langsung Piniey tak tahu hujung pangkal dia , Piniey ingat nak post new entry . Daripada takde arah kat rumah nie baik laa Piniey perah otak sikit keluarkan idea . Lagipun starting esok seminggu Piniey tak sentuh laptop as im going to spend a week at KL . Bercuti dengan my bestfriends sempena cuti kitorang yang ntah berapa bulan lepas SPM nie . So macam tajuk yang korang baca kat atas tu , Piniey nak story mory pasal 'People Nowadays' . 

Kalau nak cakap pasal manusia zaman sekarang nie lagi-lagi di abad ke-21 , memang tak habis sampai ke tahun depan sebab banyak sangat yang boleh diceritakan . Tapi Piniey ambik beberapa topik kecik . Firstly, 'judgemental person' . Kalau tengok dekat mana-mana sekalipun , ramai sangat dah spesies manusia yang hobi diorang suka judge orang sesuka hati . Orang macam tu jahat , orang macam nie hipokrit , orang macam tu fake , orang macam nun suka publisiti murahan dan macam-macam lagi laa . Lagi-lagi kat social sites , memang banyak sangat yang suka judge orang tanpa tahu pangkal cerita . Please laa , dont judge a person from their outer . Kalau tak , takkan laa ada pepatah ''Dont judge a book by its cover'' . Setiap manusia ada fitrah yang tersendiri . Mungkin perangai diorang memang macam tu tapi niat diorang baik . Macam mana dengan orang yang nampak baik tapi hati nauzubillah ? Kena ingat yang kita mungkin tahu nama dia atau siapa dia tapi kita tak pernah tahu kehidupan dia . Stop judging melainkan perkara tu memang sahih boleh di judge . Susah laa kalau manusia dah ambik alih kerja Allah , sebab manusia semua ada buat silap tiada yang sempurna .

Next , talam dua muka . Korang kenal tak talam tu macam mana ? Mesti semua tahu kan . Tapi kita ambik yang lebih senang maksud tersirat dia , macam duit syiling . Hamba Allah yang macam duit syiling nie pun banyak jugak kat dunia nie . Depan cakap lain , belakang cakap lain . Depan pijak semut tak mati , belakang gajah pun dah jadi bangkai . Mohon pupus spesies macam nie . Daripada jenis yang macam duit syiling nie laa munculnya kaum-kaum yang jenis tikam belakang . Lebih kurang sama jew perangai diorang . Dua-dua menyakitkan hati . Banyak berlaku dalam hubungan persahabatan zaman sekarang nie , so that's why kita kalau nak berkawan kena laa pilih kawan yang elok perangainya . Selidik dulu sebelum buat kawan dengan orang macam nie . Tapi semua orang boleh berubah , jadi kalau ada kawan yang jenis macam nie doakan diorang supaya mendapat hidayah untuk berhenti daripada jadi duit syiling dalam kehidupan *Clapping my hands like a boss . HAHA*

Untuk yang last nie , Piniey pun mungkin salah satu daripadanya jugak . Korang tahu kan yang zaman sekarang nie ada banyak media sosial . Apa kaitan media sosial dengan people nowadays ? Memang ada banyak sangat kaitan . Ada yang jenis langsung tak keluar rumah sebab sibuk mengumpul populariti di media sosial , ada jugak yang jenis keyboard warrior dan ada yang banyak bercakap daripada bertindak dan macam-macam lagi *Tapi inshaaAllah Piniey tak tergolong dalam 3 perkara tadi tu* . Bergaduh dalam Twitter or Facebook tu lumrah laa . Semua benda nak bergaduh even benda kecik pun nak jadi besar . Masing-masing dah besar , kena laa pandai dalam nak bezakan benda penting dengan tak . Contohnya , typo pun boleh jadi topik nak gaduh . *Sampai trending kau* . Ada jugak yang bercakap bukan main gempak macam gunung berapi nak meletus , tapi hampeh . Suruh orang jangan itu jangan ini , tapi dia buat jugak . Kata suruh tolong itu tolong ini , dia pun dua kali lima takde perikemanusiaan . Tapi bukan semuanya macam tu , hanya segelintir . Bagi yang bertapa dalam rumah duduk depan laptop dengan tangan kat phone buka berapa banyak tabs dengan semuanya social sites campur dengan whatsapp wechat apa benda semua bagai kat phone pon perangai orang zaman sekarang nie *Yang nie rasanya Piniey termasuk dalam list* . Tapi takde masalah selagi tak menyusahkan sesiapa rasanya .


In brief , perangai orang tu bermacam . Ada banyak lagi Piniey nak tulis tapi yang nie pon dah cukup nak describe orang sekarang . If you go out to face the reality , you'll know the truth of life . Bukan Piniey niat nak mengutuk , just nak share something yang maybe orang dah tahu tapi kita tak perasan yang perubahan perlu dilakukan . Kita tak akan boleh nak ubah dunia kalau kita tak ubah diri sendiri . Setakat nie jew laa kowt , dah macam karangann SPM dah Piniey rasa . Kalau ada salah , mohon perbetulkan . Adios amigos ! ^^

 



No comments:

Post a Comment