Saturday, 26 October 2013

True friends out there .

''Friends are the flowers in the garden of life''
Semua orang perlukan kawan untuk membantu diri dalam menjalani hidup kerana kawanlah tempat untuk kita mengadu masalah , menemani kala sunyi , menghiburkan masa sedih , berkongsi saat gembira dan yang menenangkan tika marah . Tipu la kalau ada yang kata dia boleh hidup tanpa kawan kerana tanpa kawan hidup ibarat rumah tanpa perabot .. Punya kawasan yang luas tetapi kosong . Tetapi bukan semua kawan kita adalah kawan yang boleh dianggap sahabat . Kawan bukan sahabat tapi sahabat adalah kawan . Bak kata lain sahabat adalah kawan sejati dunia dan akhirat . Semua orang ingin ada sahabat tapi ramai antara kita hanya dapat kawan . Dan kawan tak selalunya baik . Kadangkala mereka la manusia yang paling tidak boleh dipercayai . Lebih baik seorang musuh yang terang-terangan menyatakan bahawa dia benci kita daripada seorang kawan yang kata sayang depan-depan tapi menjaja perkara yang tak elok di belakang kita  senang cerita talam dua muka la . Sebab itulah wujudnya kawan makan kawan *dah macam tak ada benda lain nak makan* . Mulanya kawan itu lebih bahaya pabila dia menjadi lawan . Kita sentiasa ada pilihan dalam kehidupan dan kita ada hak untuk memilih kawan kerana kawan bagaikan cermin kita , menunjukkan perangai kita . Jika baik seorang kawan itu , baiklah kita . Tetapi jika buruk seorang kawan itu , buruklah kita . Sekali bersahabat jangan sesekali mengkhianati persahabatan itu . Gelas yang pecah jika dibaiki tidak akan sesempurna yang asal . Kalau gaduh tu lumrah la , tapi tak semestinya berakhir dengan perpisahan . Bukan senang nak cari kawan yang betul-betul ikhlas berkawan kerana manusia tidak sempurna . Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang mendorong ke arah kebaikan . Dia tidak jalan di belakang untuk mengikuti , tak juga berada di hadapan untuk diikuti tetapi jalan seiring untuk sama-sama mendaki ke menara gading . 


These are my friends . Love them much ! 

No comments:

Post a Comment